Konspirasi Dunia – Rahsia Vatican

السلام عليكم

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Artikel kali ini aku ingin kongsikan bersama bagaimana agama telah diperkotak-katikkan oleh insan-insan yang telah disesatkan oleh syaitan laknatullah agar berpaling dari ajaran yang lurus dan benar iaitu Islam. Sesungguhnya mereka sama sekali tidak akan merasa aman dan tenteram selagi mana ummat Nabi Muhammad s.aw tidak mengikut ajaran mereka dan syaitan laknatullah sememangnya amat gembira dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam menyesatkan cucu cicit Nabi Adam a.s. Bersyukurlah kita semua yang telah dikurniakan iman dan kita hanya perlu menguatkan iman kita dengan menjalankan perintah Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Insya-Allah kita semua akan dirahmati-Nya. Insya-Allah.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Seperti mana yang kita maklum, Dajjal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’ dan agama Kristian sekarang BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran 19)

Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.

Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.

Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, ‘Shamma israelu addena ilakhin, addena ikhad’. Yang bermaksud, ‘Dengarlah wahai bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU’. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu. Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah s.a.w, ‘Apakah konsep tuhan kamu?’ Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, ‘QulhuAllahu Ahad’. Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).

Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya’. (Al-Ikhlas 1-4)

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu
mengetahuinya? (Ali-Imran 69-71)

Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga boleh membaca artikel tentang persamaan Jesus dan Horus. Ingin ditegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s. Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan. Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsur-unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.

Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Kemanakah penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja. Pernahkah anda (penganut Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: