Himpunan Hadis II

Nabi s.a.w bersabda: “Antara azan dan qamat hendaklah ada ruang masa bagi orang yang berwuduk menyampaikan hajatnya dan orang yang makan menyelesaikan makannya dengan tenang”.
(Hasan. R. Abdullah bin Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Lakukanlah sebahagian solatmu di rumahmu, dan jangan jadikan ia (seperti) kuburan”.
(Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Rasullah s.a.w bersabda: “Sempurnakanlah rukuk dan sujud, kerana demi Allah aku dapat melihatmu dari belakang punggungku apabila kamu rukuk dan sujud”.
(Sahih. R. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Amal yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya, lalu berbakti kepada kedua orang tua, lalu jihad ke jalan Allah”.
(Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud & Nasaai)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Datangilah (undangan) orang yang mengundang, jangan menolak hadiah dan jangan kamu memukul orang-orang Islam”.
(Sahih. R. Ahmad & Bukhari)

Nabi s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Allah adalah berterusan walaupun sedikit”.
(Sahih. R. Bukhari & Muslim)

Baginda bersabda: “Amal yang paling disukai Allah adalah (apabila) engkau mati sedang lidahmu basah kerana menyebut (nama) Allah”.
(Hasan. R. Ibnu Hibbah & Ibnu Suni)

Rasulullah bersabda: “Perempuan yang paling aku cintai adalah Aisyah dan (yang paling aku cintai) dari laki-laki ialah bapanya”.
(Sahih. R. Bukhari, Muslim & Tirmidzi)

Baginda bersabda: “Nama yang paling disukai Allah adalah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’ “.
(Sahih. R. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Maajah)

Sabda baginda s.a.w: “Percakapan yang paling aku sukai ialah yang paling benar”.
(Sahih. R. Ahmad & Bukhari)

Nabi s.a.w bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa (Nabi) Daud (sehari puasa, sehari tidak) dan solat yang paling disukai Allah adalah solat (Nabi) Daud (tidur setengah malam; solat sepertiganya dan tidur seperenamnya)”.
(Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud & Nasaai)

Baginda bersabda: “Perkara yang paling disenangi oleh Allah adalah seorang hamba yang menyatakan, ‘Subhanallah wa bihamdihi’, maksudnya; Maha Suci Allah dan dengan MemujiNya”.
(Sahih. R. Ahmad, Muslim & Tirmidzi)

Sabda baginda s.a.w: “Ada empat perkataan yang disukai Allah: ‘Subhanallah wal hamdulillah, wa laa ilaha illalah, wal laahu Akbar’, ertinya; Maha Suci Allah, Segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar”.
(Sahih. R. Ahmad & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Hamba yang paling diskuai oleh Allah adalah hamba yang paling bermanfaat bagi orang-orang yang menjadi tanggungannya”.
(Hasan. R. Abdullah)

Nabi s.a.w bersabda: “Tahanlah anak-anak kecilmu dari berada di luar rumah pada waktu Maghrib, kerana itu adalah saat syaitan-syaitan berkeliaran”.
(Sahih. R. Haakim)

Baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia kerana sesungguhnya ia indah dan manis”.
(Sahih. R. Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Baik-baiklah kamu mendirikan saf-saf dalam solat”.
(Sahih. R. Ahmad & Ibnu Hibban)

Baginda s.a.w bersabda: “Baik-baiklah kamu (mengenakan) pakaianmu dan aturlah baik-baik kenderaanmu, sehingga kamu kelihatan berbeza ditengah-tengah orang banyak”.
(Sahih. R. Haakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hitunglah tanggal (bulan) Syaban untuk (mengetahui awal bulan) Ramadhan”.
(Sahih. R. Tirmidzi & Haakim)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Hadirilah (jemaah solat) Jumaat dan dekat-dekatilah dengan imam, kerana sesungguhnya orang yang menjauhkan diri (dari imam), dia akan dikeluarkan dari syurga jika ia dapat memasukinya”.
(Sahih. R. Ahmad, Abu Dawud, Haakim & Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Pendekkanlah kumis-kumis dan biarkanlah janggut-janggut”.
(Sahih. R. Muslim, Tirmidzi & Nasaai)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Dihalalkan (memakai) emas dan sutera bagi kaum perempuan umatku dan diharamkan atas kaum laki-lakinya”.
(Sahih. R. Ahmad & Nasaai)

Sabda Baginda s.a.w: “Dihalalkan dua (macam) bangkai dan dua (macam) darah. Dua macam bangkai itu adalah ikan dan belalang, manakala dua macam darah adalah jantung dan limpa”.
(Sahih. R. Ibnu Majah, Haakim & Baihaqi)

Nabi s.a.w bersabda: “Setelah kewafatanku tiga perkara yang aku khuatiri (atas umatku): Kezaliman para pemerintah; Kepercayaan kepada nujum dan; Mendustakan takdir”.
(Sahih. R. Ibnu Asaakir)

Baginda bersabda: “Jibrail telah memberitahuku, bahawa sesungguhnya Hussain dibunuh (nantinya) di tepi sungai Furat”.
(Sahih. R. Ibnu Sa’d)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Nabi) Ibrahim berkhitan pada waktu dia berumur lapan puluh tahun dengan beliung”.
(Sahih. R. Ahmad, Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Berkhitanlah engkau (orang perempuan) dan janganlah terlalu banyak memotong, kerana dia lebih memperindah wajah dan lebih menarik terhadap suami”.
(Sahih. R. Thabraani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Nama yang paling rendah di sisi Allah pada hari kiamat adalah laki-laki yang memakai nama ‘Raja-diraja’ “.
(Sahih. R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda: “Perkara yang amat aku khuatiri atas umatku ialah setiap orang munafik yang pintar mulut (berhujah)”.
(Sahih. R. Ibnu ‘Adi)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tunaikan amanah kepada orang yang mempercayaimu dan jangan engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu”.
(Sahih. R. Bukhari)

Sabda Baginda: “Semoga Allah memasukkan ke dalam syurga orang paling mudah apabila membeli, menjual, membayar dan menagih (hutang)”.
(Sahih. R. Ahmad, Nisaai, Ibnu Maajah & Baihaqi)

Baginda bersabda: “Berdoalah kepada Allah dan hendaklah kamu yakini bahawa doa itu akan dimakbulkan. Dan ketahuilah sesungguhnya Ia tidak mengabulkan dia dari hati yang lalai dan main-main”.
(Hasan. R. Tirmidzi & Haakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kuburkanlah orang-orang yang terbunuh (dalam pertempuran fi sabilillah) di tempat mereka gugur”.
(Sahih. R. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasaai & Ibnu Maajah)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ahli neraka yang paling ringan siksanya memakai terompah dari api neraka, yang otaknya mendidih kerana panas kedua terompahnya”.
(Sahih. R. Muslim)

Baginda bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu melepaskan hajat, maka janganlah mengahadap ke kiblat atau jangan membelakanginya. Tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat”.
(Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasaai & Ibnu Maajah)

Sabda Baginda s.a.w: “Jika datang melamat seseorang (yang mana) baik akhlak serta agamanya maka kahwinkanlah dia. Jika tidak engkau berbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas”.
(Sahih. R. Tirmidzi, Ibnu Maajah & Haakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila Allah mencintai satu kaum, dicubaNya mereka”.
(Sahih. R. Thabraani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila Allah mencntai seorang hamba, dijagaNya ia dari (fitnah) dunia sebagaimana kamu menjaga orang sakit dan air”.
(Sahih. R. Tirmidzi & Haakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya dipercepatkanNya hukuman baginya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada hambaNya, di tahanNya (azabnya) sehingga ke hari kiamat”.
(Sahih. R. Tirmidzi & Haakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila Allah mengehendaki menyiksa sesuatu kaum, siksa itu mengenai semua orang yang ada pada mereka, kemudian mereka dibangkitkan menurut amal-amal mereka (masing-masing)”.
(Sahih R. Bukhari & Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: